Sendayu Tinggi adalah antara jenama yang terawal mencetus fenomena di industri herba kesihatan yang mula menapak di Malaysia. Permintaan produk kosmetik dan kesihatan yang sangat mengalakkan menyumbang kepada kepesatan dalam pembangunan ekonomi dunia. Perniagaan ini juga bersaing hebat di Malaysia. Kini, Sendayu Tinggi (ST) sudah 14 tahun berada di pasaran dan tidak pernah alpa untuk memperkasakan syarikat dadn membina idea-idea baru dan mencipta formulasi terbaik agar dapat memuaskan hati pengguna yang menggunakan barangan Sendayu Tinggi.

"Produk terbaik tidak memerlukan kata-kata indah"
...Pn. Rozita (Pengarah Urusan Sendayu Tingi Holdings)
Kini saban tahun, Sendayu Tinggi akan mengeluarkan produk terbaru dengan penuh kelainan untuk memberi kepuasan kepada pengguna. Halal, selamat digunakan, mampu dimiliki, berkualiti dan boleh dibawa solat khususnya itu antara yang dititikberatkan dalam menghasilkan sesuatu produk Sendayu Tinggi. Koleksi rangkaian Sendayu Tinggi menjadi pilihan wanita mahupun lelaki kerana ia mampu dimiliki oleh semua peringkat usia dengan nilai yang lebih berbaloi demi menjaga kesihatan dan kecantikan diri anda. Tak kira sesiapa pun, semuanya mahukan penampilan yang baik apatah lagi kecantikan. Hakikatnya, kecantikan bermula dari dalaman yang sihat. Terima Kasih kerana memilih Sendayu Tinggi dan terus menyokong produk kecantikan keluaran Bumiputra.
No comments:
Post a Comment